Insiden MH2664 | CAAM arah MAB laksana lima perkara

2022-04-10 0

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengarahkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) segera melaksanakan lima keperluan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan menjunam seketika, 3 April lalu.

Dalam kejadian itu pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

CAAM menerusi satu kenyataan memaklumkan lima perkara itu penting bagi mengekalkan pengawasan keselamatan yang lebih berkesan.

Free Traffic Exchange